Thursday, April 23, 2009

Vakum

Sinar pada papan hitam,
Sebuah keramaian Bukit Ngong,
Fon kaku berdua garisan,
Dari asal nampak ke grid Baraka,
Mereka mahu kata Satu,
Dialih daging dan baki,
Semak jadi lampu galang,
Ich Dien kataku,
Aku sebenarnya menjual diri.

Tuesday, April 21, 2009

Kola Ais

Batu duga bersinar leka,
Kerana tersusun mutasi,
Dalam karangan muktabar dan kuiz mati,
Suara peluh menggigit slanga,
Aku orang kasar cedera kiri,
Bongkok aku dijaga hijir,
Hayat ini mencari kasih,
Hangat ini mencari lebih,
Ozurdelerim kocuk,
Ekskavasi padang orang,
Akan sendiri hingga mati.

Murahan

Baju sulam antara persalinan-persalinan sekolah,
Kakinya diterajang angin,
Samalah pengelap diatas bangku,
Dan wayar yang pandai berlawak,
Dilantai penyangkut bermain dengan resit,
Aku menaip sumpah, menghilangi haba,
Katanya kenapa? Kenapa tidak?
Demi roda dan layar yang menentu arah,
Pengemis itulah awan dan aku bual,
Sampan yang dilindungi Tuhan.

Monday, April 20, 2009

Api

Juga belum cerun dialog,
Dalam corak cawan melanin,
Tenaga mikro dan penyesalan,
Tiada di papan taip,
Jelas dalam kiraan,
Post-satirika dan erotika,
Hirup coklat dan buih susu,
Setiap syiling masalah akan dilupai,
Van sebuah deru roda Stupa,
Sambung jawatan kali kedua.

Lubuk Antu

Kuku dipasarkan jadi tembelang,
Telah pembikin berseluar kertas,
Kembali dengan suasa,
Bergoyang tingkap alam dan bintang,
Rapat adalah eksponen,
Telunjuk adalah nakhoda kesan,
Berdiri di luar mahkamah.

Wednesday, April 8, 2009

Terus Dekap Meter

Setiap sedutan,
Dan penurun silah,
Besi dan getar sekeliling,
Hanya tatih merpati ,
Sedih bersilang sedih,
Dalam Pisa,
Sudahkah hijau membasahi jalan?
Yang beda tari nampak,
Membasahi kubu Juniper.